Thursday, July 19, 2012

Alhamdulillah selamat segala2nya...Syukur kerana mama berjaya mengharungi detik sukar dan sulit.Tersenyum lebar kerana segala rintangan dapat mama tempuh dengan jayanya.Siapa sangka mama yang secomel ini berjaya melakukan satu kerja yang biasanya dilakukan  secara bersama beramai2...Dengan kudrat yang ada demi kasih sayang  dan yang pentingnya ingin mendapat satu kepuasan mama lakukan semua ini...Tanggal 30 Jun terciptalah satu sejarah...

Majlis perkahwinan anakanda Shake & Wawa banyak menguji kesabaran hati seorang perempuan  milik mama.Segala urusan dari yang mudah membawa ke sukar mama lakukan dengan penuh ikhlas.Hasilnya nah.. mama berjaya ....

Majlis penuh meriah dan indah menggambarkan kegembiraan dan kepuasan di hati mama..Pujian demi pujian yang mama terima tidak membuatkan mama riak malah dibibir mama  tak lepas mengucap syukur ke atas Nya. .Mama bangga kerana mama berjaya dengan cabaran ini... Terima kasih Allah .



Wednesday, April 7, 2010

Ha ha hai...welcome to my blog !..Lama dah cadang nak buat blog ni...ada aje halangannya .Hari ni berjaya juga hi..hi..maklumlah selalu asyik membelek blog anak-anak dan entah sesiapa saja ..Selepas ni siaplah macam-macam akan saya paparkan untuk tatapan kalian..Siapa lak yang nak tengok coretan saya ni? ada ke sesiapa yang nak buang masa menjenguk blog saya ni?Ah biar pi la..yang penting di sinilah tempat saya akan melampiaskan keluhan,rintihan,pandangan,kegembiraan dan keseronokan .....Di sinilah kita akan berkongsi segala-galanya....dan yang pasti saya sudah ada peminat..Siapa?cuba teka..siapa lagi kalau bukan anak-anak ku!